Saturday, 27 May 2017

Setting YSI Sonde V6 to NMEA 0183?

Sewaktu ujian lapang di Pulau Pinang, kami telah meminjam YSI Sonde V6600 milik URRG, USM. Kami cuba untuk menukar setting Sonde tersebut untuk terus transmit data NMEA 0183 tapi tidak berjaya.

Walaubagaimanapun, ada rakan yang memberi tahu teknik untuk menukar setting tersebut kemudian. Sekadar nota:

Guna YSI handheld:
- pergi ke sonde menu -> advance -> start up -> NMEA
- kemudian "run"

Perkara lain yang perlu pastikan ialah "Auto sleep RS232" dimatikan.

Sunday, 26 February 2017

Mereka shortcut direktori dalam Terminal Ubuntu

Apabila kita kerap membuka direktori tertentu, menaip lokasi direktori tersebut menjadi satu perkara yang leceh.

Contoh:
/user/folderA/folderB/folderC/folderD

Oleh itu, cara untuk membuat shortcut command adalah seperti berikut:

  1. Buka Terminal baru
  2. Taip gedit .bashrc
  3. Scroll ke paling bawah fail dan taip  export namashortcut=/user/folderA/folderB/folderC/folderD
  4. Save dan padamkan fail .bashrc tersebut.
  5. Padamkan Terminal
Sekarang pada Terminal yang baru anda boleh terus pergi ke direktori tersebut dengan hanya menaip cd $namashorcut 

Sunday, 12 February 2017

Cara Mengira Degree of Freedom Planar Mechanism (2D)

Oleh sebab semester ini saya mengambil tugas sebagai demonstrator Mechatronics lab 1, saya perlu mengulang kaji semula beberapa perkara yang telah di ajar dalam kelas Theory of Machine.

Antaranya ialah berkenaan Degree of Freedom (DOF). Bagi planar mechanism, bilangan maksimum degree of freedom wujud dalam suatu body ialah 3; pergerakan translational, x dan y axis dan putaran (rotational).

Dalam mengira jumlah DOF dalam suatu mekanisma, 3 perkara yang perlu dikenal pasti:

  • N: bilangan moving link. Iaitu berapa banyak rigid body yang bergerak dalam mekanisma tersebut. Perkiraan N tidak termasuk badan bumi (ground body).
  • f: bilangan sendi (joint) yang bertemu secara permukaan (surface contact joint). Dalam erti kata lain, sendi ini akan menyebabkan body yang diikat padanya bergerak dalam 1 degree of freedom sahaja.


  • f: bilangan sendi yang bertemu secara point (point contact joint). Dalam erti kata lain, sendi ini menghalang body yang diikat tersebut bergerak pada satu arah sahaja.


Perkara yang perlu dibuat untuk mengira DOF hanyalah masukkan nilai-nilai tersebut dalam formula ini:


Contoh mekanisma


Jawapan:


 d = 1