Wednesday, 10 February 2016

Bagaimana Cara untuk Install MOOS-IvP dalam Linux

Secara umumnya, anda boleh merujuk kepada prosedur yang ada pada link ini:

http://oceanai.mit.edu/ivpman/pmwiki/pmwiki.php?n=Help.HomePage

Di sini anda boleh tahu 'A' hingga 'Z' tentang setting MOOS-IvP bagi Linux dan OSX  operating system berserta dengan software lain yang diperlukan untuk setting MOOS-IvP.

Walau bagaimanapun, perkara yang mungkin merumitkan pengguna baru Linux ialah bagaimana cara setting Path untuk "MOOS-IvP/bin". Ini bagi penggunaan dalam Linux sahaja dan saya tiada pengalaman bagi OSX.

Di sini saya catatkan semula, langkah-langkah untuk install MOOS-IvP:

- Buka Terminal baru. (Ctrl+Alt+t)

-A. Install Emacs
  • taip: sudo apt-get install emacs
  • taip: which emacs 
  • Ia akan paparkan direktori Emacs. Ini adalah untuk memastikan emacs telah installed.
-B.  Install Subversion
  • taip: sudo apt-get install subversion
  • taip: which svn
  • Ia akan paparkan direktori Subversion. Ini adalah untuk memastikan Subversion telah installed.
-C.  Install MOOS-IvP dan Course Software
  •  Sila rujuk pada laman utama MOOS-IvP (http://oceanai.mit.edu/moos-ivp/pmwiki/pmwiki.php) untuk dapatkan keluaran versi terkini. Berikut adalah yang terkini sehingga Febuari 2016.
  • taip: svn co https://oceanai.mit.edu/svn/moos-ivp-aro/releases/moos-ivp-15.5 moos-ivp
  • Berikut adalah course software  yang diperlukan untuk MOOS-IvP. Sesetengah software dibawah bukan lagi versi terkini, walau bagaimanapun anda taip sahaja dan ia akan maklumkan versi terkini.
  • taip: sudo apt-get install g++ cmake xterm
  • taip: sudo apt-get install libfltk1.3-dev freeglu3-dev libpng12-dev libjpeg-dev
  • taip: sudo apt-get install libxft-dev libxinerama-dev libtiff5-dev (kemaskini: 23/2/17)
-D. Build MOOS-IvP Binary
  • Daripada home direktori, taip: cd moos-ivp
  • taip: ./build-moos.sh
  • taip: ./build-ivp.sh
  • Pergi ke direktori: cd bin atau cd moos-ivp/bin (jika dari home direktori)
  • Pastikan fail-fail executables telah wujud terutamanya MOOSDB dan pHelmIvP.
-E.  Setting Path untuk MOOS-IvP
  • Kembali ke home direktori. taip: cd
  • taip: gedit .bashrc
  • Window Gedit akan muncul.
  • Pada line baru, hujung fail, taip: PATH=$PATH:/home/username/moos-ivp/bin. username adalah berdasarkan pc anda.
  • Kemudian line baru, taip: export PATH
  • Klik butang "save" dan padamkan.
-F. Lancarkan MOOS mission yang pertama
  • Buka semula Terminal.
  • taip: cd moos-ivp/ivp/missions/s1_alpha; ls
  • taip: pAntler alpha.moos
  • Paparan skrin pMarineViewer akan muncul. Klik pada butang "DEPLOY" untuk lihat kayak Alpha mulakan behavior Waypoint.
- Nota:
  • Sesetengah distro Linux yang lama atau light weight mungkin mengalami error untuk retrieve package semasa install. Cuba anda taip: sudo apt-get update dan install semula.
  • Seandainya anda gagal di bahagian D, cuba taip juga: ./build.sh

No comments:

Post a Comment